Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anugerah tersebut bertujuan untuk mencari transformasi terbaik strategi, model mampan, rangka kerja holistik dan strategi pelaksanaan yang menyumbang kepada impak yang tinggi hasil untuk pembangunan ekonomi digital Sarawak pelan tindakan 2018-2022.

Pemenang Anugerah Ekonomi Digital (DEA) diumum sempena IDECS 2022

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 22 Jun : Anugerah Ekonomi Digital (DEA) 2022 bersempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022 diadakan pada tahun ini adalah bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan para inovator dan pemain industri.

Pengerusi IDECS 2022, Datu Dr Sabariah Putit berkata, anugerah tersebut bertujuan untuk mencari transformasi terbaik strategi, model mampan, rangka kerja holistik dan strategi pelaksanaan yang menyumbang kepada impak yang tinggi hasil untuk pembangunan ekonomi digital Sarawak pelan tindakan 2018-2022.

“DEA terdiri daripada lima kategori dalam transformasi pendigitalan iaitu Anugerah Transformasi Teknologi Digital, Anugerah Penyelidikan & Pembangunan dan Pengkomersialan, Anugerah Keusahawanan dan Permulaan, Anugerah Keterangkuman Digital dan Anugerah Kerajaan Digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam DEA 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, semalam.

Tambahnya, pihaknya menerima sebanyak 94 penyertaan secara keseluruhannya daripada pelbagai sektor organisasi seperti sektor awam dan swasta, industri, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Ultiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni.

Sementara itu, Timbalan Ketua Saintis, Sarawak Multimedia Authority (SMA), Prof Ir Dr Al-Khalid Othman yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa penilaian dan pemilihan berkata, pemilihan bagi setiap kategori mempunyai antara tujuh hingga lapan kriteria yang ditetapkan sebelum dipilih menjadi pemenang.

“Sebagai contoh, program yang berkaitan dengan kesalinghubungan (interconnectivity) memberi impak yang tinggi terutamanya ketika pandemik COVID-19 yang lepas, di mana keperluan asas kepada pembelajaran secara atas talian sangat berkesan kepada masyarakat di Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan