Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Negara ASEAN harus hasilkan kandungan kreatif bersama untuk sasar pasaran serantau

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 21 Jun 2022 : Negara-negara ASEAN harus berkerjasama menghasilkan ‘content’ bersama termasuk untuk filem dan drama dalam usaha menguasai bahagian pasaran yang lebih besar dalam industri kreatif kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Dengan populasi lebih daripada 600 juta, ASEAN adalah pasaran yang besar berbanding pasaran tempatan negara masing-masing yang mempunyai 10 anggota dalam kumpulan yang kecil.

“Kita tidak seharusnya tidak membataskan diri dengan hanya membuat kandungan kreatif untuk pasaran tempatan dan memaksa orang kita unutk hanya menonton kandungan tempatan.”

“Oleh itu, ASEAN harus bekerjasama dalam penghasilan kandungan sama ada filem, drama atau kandungan untuk stesen radio dan TV yang akan difilem dan dipasarkan di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata Malaysia sedang menyusun strategi untuk menjadi sebahagian ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2023-2026.

“Malaysia telah membida untuk menganggotai Majlis (ITU) dan bilangan negara yang menawarkan pencalonan mereka melebihi slot yang ditawarkan.”

“Oleh itu, Malaysia perlu menyusun strategi dengan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain dan kami berharap untuk menyokong antara satu sama lain dan menyatukan undian,” katanya lagi.

Sebanyak 18 negara telah membentangkan pencalonan mereka untuk 12 slot di rantau E – Asia dan Australasia.

Malaysia sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis Kesatuan dari 1998 hingga 2014.

(ITU) adalah sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu yang bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan