Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dalam sidang akhbar berhubung kerjasama kerajaan negeri dengan NAFAS.

NAFAS berhasrat kembangkan perniagaan di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 21 Jun : Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berminat untuk mengembangkan perniagaan dalam sektor perladangan di Sarawak.

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, setakat ini, NAFAS hanya mempunyai ladang kelapa sawit di Sungai Karap, Miri seluas kira-kira 3,000 hektar.

Katanya, NAFAS melihat sekiranya wujud peluang untuk terlibat dalam operasi kilang baja Sarawak Fertilizer Sdn. Bhd. kilang di Bintulu yang dimiliki oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA).

“Melalui perniagaan baja itu diharap dapat mengurangkan masalah logistik yang dihadapi dan membantu memudahkan para petani dan peladang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semalam.

Delegasi NAFAS diketuai Pengerusi Jemaah Pengarahnya, Datuk Zamri Yaakob ketika ini berada di Sarawak bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membincangkan berkenaan sekuriti makanan di Sarawak.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman memberitahu, perkara lain yang dibincangkan perancangan untuk menambah keluasan ladang kelapa sawit milik NAFAS dengan kerjasama pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED).

“Selain itu, NAFAS juga ingin melibatkan diri dalam sektor tanaman yang lain seperti kelapa, durian dan jagung,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan