Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sim menyerahkan poster rabies kepada Tuai Rumah Bunsie Tiboh turut kelihatan ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek (kanan), Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang Ming Tee (kedua kanan), Timbalan MDLBS Wong Ching Yong (Kiri) dan Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai (kedua kiri).

Segera dapatkan rawatan sekiranya digigit anjing

SIBU, 20 Jun : Orang ramai digesa agar mendapatkan rawatan segera sekiranya digigit anjing.

Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, ini kerana terdapat keberangkalian tinggi sehingga 99.9 peratus individu yang digigit anjing akan dijangkiti virus rabies.

Katanya, rawatan segera termasuk menerima suntikan vaksin terbukti berkesan dalam mencegah kesan yang buruk akibat jangkitan berkenaan.

“Tahap keberkesanan vaksin rabies ketika ini mencecah 99.9 peratus,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kesedaran Rabies dan African Swine Fever (ASF) di Rumah Bunsie Tiboh di Sungai Salim semalam.

Menurut Kui Hian, sekiranya individu yang digigit anjing yang dijangkiti virus berkenaan, keadaan akan lebih parah sekiranya virus ‘menyerang’ bahagian otak.

“Oleh itu jangan mengganggap gigitan anjing hanya gigitan kerana kita tidak tahu mereka dijangkiti rabies atau tidak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendedahkan kanak-kanak yang berketinggian rendah lebih berisiko sekiranya digigit anjing yang dijangkiti rabies.

“Kanak-kanak kecil berisiko lebih tinggi akibat rabies kerana ia bergerak 1mm setiap hari untuk sampai ke otak.

“Jika anda lebih tinggi, ia akan lebih perlahan untuk rabies sampai ke otak. Jadi apabila anda digigit anjing, anda mesti segera ke hospital dan mendapatkan vaksin,” jelas beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan