Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 20 Jun: Serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak ke atas sebuah pusat hiburan di Tabuan berjaya menangkap 21 suspek dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM37,419.00 pada 15 Jun lepas. 

Pusat hiburan diserbu, 21 suspek diberkas 

ByDouglas Elliot

KUCHING, 20 Jun: Serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak ke atas sebuah pusat hiburan di Tabuan berjaya menahan 21 suspek dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM37,419.00 pada 15 Jun lepas. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kesemua suspek yang ditangkap, termasuk empat wanita, berusia dalam lingkungan 20 hingga 51 tahun.

Baca >>> Kawasan hutan jadi ‘sarang’ dadah di Betong

Ujian air kencing yang dijalankan mendapati 15 belas suspek lelaki dan empat suspek wanita yang ditangkap didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Enam daripada suspek yang ditahan juga mempunyai rekod lampau kes dadah. 

21 suspek berjaya ditangkap, termasuk empat wania berusia dalam lingkungan 20 hingga 51 tahun.

“Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM37,419.00 termasuk 46 paket jus ekstasi (RM29,900.00), 150 biji pil erimin (RM2,250.00), 99 biji pil ekstasi (RM1,485.00) dan 23 gram ketamin bernilai RM3,784.00. 

“Jumlah kesemua dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 513 orang penagih dadah,” kata Azman. 

Tambahnya, pihak polis juga telah menyita wang tunai berjumlah RM3,425 dan juga sebuah kereta dengan nilai keseluruhan harta yang dirampas bernilai RM43,425.00.

Hasil siasatan mendapati suspek mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki tempatan dan dijual kepada pengunjung pusat hiburan mengikut permintaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a)/39A (1) ADB 1952, Seksyen 15(1)a) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)a) ADB 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan