Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekalan darah bagi kegunaan harian dan kecemasan masyarakat setempat khususnya untuk kumpulan darah jenis O kini berdepan penyusutan. Foto: Unit Tabung Darah Hospital Tawau

Hospital Tawau kekurangan bekalan darah O, seru masyarakat untuk menderma darah

TAWAU, 20 Jun: Hospital Tawau kini sedang berdepan dengan masalah kekurangan stok bekalan darah bagi kegunaan harian dan kecemasan masyarakat terutama sekali untuk bekalan darah jenis O.

Pakar Perubatan Transfusi Hospital Tawau Dr Nurulhuda Abd Kadir berkata, bekalan stok darah itu turun mendadak sejak beberapa hari lalu ekoran penggunaan tinggi oleh pesakit yang memerlukan transfusi darah.

Menurutnya, Unit Tabung Darah Hospital Tawau di sini memerlukan sumbangan orang ramai terutama bagi mengisi bekalan darah jenis O.

“Ketika ini, tahap keperluan adalah sangat tinggi bagi kumpulan darah O berbanding kumpulan darah yang lain, tetapi individu kategori jenis darah lain juga boleh tampil menderma darah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stok bekalan darah katanya, penting bagi membantu termasuk pesakit yang menghadapi komplikasi semasa bersalin, talasemia, kanser, buah pinggang, leukemia, kes kemalangan, serta pendarahan usus.

Dalam pada itu katanya orang ramai boleh melayari Facebook atau Instagram Tabung Darah Hospital Tawau bagi maklumat lanjut berkaitan waktu operasi, lokasi kempen derma darah dan perkembangan berkaitan perkhidmatan derma darah.

“Sama-samalah kita membudayakan amalan menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan