Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang tersebut di institusi pengajian tinggi awam bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun ini.

PM umum dermasiswa B40 TVET, galak pelajar B40 pilih TVET

ByBernama

SHAH ALAM, 20 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang tersebut di institusi pengajian tinggi awam bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun ini.

Ismail Sabri berkata program tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi dan galakan kepada pelajar untuk memilih bidang TVET dengan melibatkan seramai 1,000 orang pelajar bagi pengambilan pertama. 

“Kerajaan menjangkakan program ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan,” katanya pada Majlis Perasmian Minggu TVET Negara 2022 di sini hari ini. 

Justeru beliau yakin program tersebut akan menawarkan lebih banyak peluang kepada anak-anak Keluarga Malaysia, terutamanya daripada kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET. 

Beliau berkata TVET telah dikenal pasti sebagai satu daripada 14 pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kerana sudah sampai masa TVET menjadi pilihan utama para belia dalam mempersiapkan diri mereka untuk masa depan sepertimana negara maju lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan