Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bung Moktar hadir majlis Karnival Belia Keluarga Malaysia di Libaran malam tadi. Foto TVS.

Sandakan dinaik taraf sebagai bandar raya tahun ini – Bung Moktar

ByBernama

SANDAKAN, 20 Jun : Sandakan dijangka dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya antara Ogos hingga menjelang Oktober depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata penaiktarafan itu sepatutnya dilakukan pada awal tahun ini namun, disebabkan kekangan tertentu hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

“Sekarang, Sandakan sudah bersedia. Majlis Perbandaran Sandakan juga menyatakan mereka sudah bersedia untuk Sandakan dinaik taraf sebagai bandar raya. Sudah tentu impaknya akan meningkatkan ekonomi Sandakan dan sudah tentu akan ada perancangan baharu yang akan kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup majlis Karnival Belia Keluarga Malaysia anjuran Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) Libaran di sini malam tadi.

Menurut Bung Moktar, antara perancangan melonjakkan ekonomi Sandakan ialah memajukan aspek pelancongan melalui usaha merancakkan penyertaan usahawan kecil tempatan.

“Contohnya, mungkin kita akan bina waterfront seperti di Kota Kinabalu dan ini tentunya akan menarik pelancong,” tambahnya.

Mengenai karnival dua hari bemula Sabtu itu, Bung Moktar berkata ia bersesuaian dengan misi BN untuk merapatkan diri dengan rakyat dan memberi peluang kepada masyarakat khususnya belia untuk berniaga dan mempamerkan bakat dalam kegiatan sukan dan rekreasi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan