KUCHING, 19 JunĀ : Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Pembangunan Betong dan Delta Rajang bagi membantu menyelaras pembangunan di dua kawasan berkenaan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan sebanyak RM1.5 juta akan disalurkan ke setiap agensi pembangunan itu.
Beliau berkata Timbalan Menteri PerancanganĀ Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh akan mempengerusikan agensi Delta Rajang manakala Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ditugaskan untuk menetapkan sempadan agensi pembangunan Betong.
āIni merupakan strategi pembangunan di kawasan luar bandar…ini kerana kawasan bandar sudah ada kemudahan asas dan majlis perbandaran yang membantu pembangunannya.
āIni strategi baharu kita, dan dua agensi ini bukan sahaja akan fokus kepada pembangunan fizikal tetapi juga latihan insan,ā katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-15 di sini hari ini.
Perhimpunan tiga hari yang berakhir hari ini itu disertai 2,420 perwakilan serta pemerhati.
PBB merupakan parti komponenĀ dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) selainĀ Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). -TVS