Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jualan Keluarga Malaysia di Sarawak manfaatkan sehingga 200,000 isi rumah.

Lebih 200 ribu isi rumah di Sarawak terima manfaat Jualan Keluarga Malaysia

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Jun : Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Sarawak telah memanfaatkan seramai 210,206 isi rumah dengan jumlah jualan mencecah RM4.531 juta.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Peter J. Berinus Agang berkata, PJKM telah dilaksanakan di 154 lokasi di negeri ini meliputi semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk kawasan pembangkang sehingga 16 Jun lepas.

“Sepanjang pelaksanaan PJKM, pelbagai barangan keperluan harian dijual dengan harga istimewa.

“Ia termasuk barangan yang menjadi tumpuan seperti ayam, telur ayam, minyak masak, gula, tepung dan sayur-sayuran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada PJKM DUN Tupong dengan kerjasama Everrise Departmental Store, Metrocity, di sini hari ini.

Menurutnya, di samping harga istimewa yang ditawarkan oleh rakan strategik, harga PJKM jauh lebih murah berbanding harga biasa.

Selain itu, beliau turut memberi jaminan bahawa pemantauan akan diteruskan oleh KPDNHEP selepas 30 Jun ini bagi mengelakkan penyelewengan dilakukan terhadap harga barangan keperluan rakyat.

“Pihak kami akan memantau harga barangan tumpuan setelah tamatnya program ini nanti bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang tidak munasabah,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan