KUCHING, 18 Jun : Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis makan malam sempena Perhimpunan Agung Tritahunan PBB Ke-15 hari ini.
Selain menikmati jamuan makanan, para barisan pemimpin PBB dan delegasi turut dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan dan cabutan bertuah.
Pada majlis itu, Abang Johari dan beberapa pemimpin tertinggi parti termasuklah Timbalan Yang Dipertua PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dato Sri Nancy Shukri turut berduet menyampaikan beberapa lagu antaranya Yale Yale, Bekikis Bulu Betis and Biar Mati Ditangan Sulu.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Abang Johari dijadualkan menyampaikan ucapan penggulungan serta penangguhan perhimpunan esok. -TVS