Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian anak muda di kampung yang mendapat manfaat ilmu pendigitalan sempena IDECS 2022.

IDECS 2022 : Pusat Komuniti Digital anjur 10 program satelit

ByNurul Amarlina

KUCHING, 16 Jun : Bersempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022, Pusat Komuniti Digital (DCC) telah menganjurkan 10 program satelit di seluruh Sarawak untuk meningkatkan penguasaan kemahiran internet.

Program berkenaan yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) memfokuskan kepada pengenalan asas Internet dan juga mempelajari terma-terma yang digunakan dalam internet.

Menurut DCC, pada 7 Jun lepas, program dilaksanakan di Perpustakaan Desa Kampung Garung.

“Seterusnya pada 10 Jun, DCC Perpustakaan Desa Kampung Garung telah menganjurkan program ‘Vlogging Jelajah Padawan: Taman Rekreasi Kota Padawan,” jelas DCC menerusi kenyataan media.

Program berkenaan antara lain bertujuan untuk memupuk peserta menjadi pencipta kandungan di platform YouTube serta mempromosikan semua tempat rekreasi dan percutian di Padawan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found