Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hong Yong Kai bekas pelajar SMK Green Road Kuching memperoleh 11A+ dalam keputusan SPM 2021 yang diumumkan hari ini.

596 calon SPM di Sarawak catat keputusan semua A

ByNazirah Adlina

KUCHING, 16 Jun : Seramai 596 calon daripada 36, 385 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Sarawak memperoleh keputusan cemerlang semua ‘A’.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, kesemua calon berkenaan mendapat sekurang-kurangnya ‘A-’ bagi semua subjek yang diambil.

Ujar beliau, daripada jumlah berkenaan, seramai 12 calon berjaya mendapat ‘A+’ bagi kesemua subjek.

“Keputusan juga menunjukkan seramai 12 orang calon di Sarawak mendapat keputusan berprestasi cemerlang  iaitu mencapai gred ‘A+’ bagi semua mata pelajaran yang mereka ambil,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2021, peringkat Sarawak di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada Khamis.

Perincian keputusan cemerlang di Sarawak katanya turut menyaksikan seorang calon mencapai 11A+ bagi semua mata pelajaran makala enam lagi mencapai ‘10A+’ dalam semua mata pelajaran.

“Seramai lima calon pula mendapat ‘9A+’ untuk semua kertas peperiksaan yang diduduki,”katanya.

Dalam pada itu, Azhar memaklumkan, dua calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road Kuching mendapat semua ‘A+’ bagi SPM 2021.

Katanya dua calon cemerlang itu ialah Hong Yong Kai yang  memperoleh ‘11A+’ dan Ian Jong Kai Yi, ‘10A+’. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan