SERIAN, 16 Jun : Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di Batu 29, Jalan Kuching – Serian, dekat sini, pagi tadi.
Kemalangan pada pukul 6.55 pagi tadi turut membabitkan dua buah kenderaan lain.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa yang berusia 50-an itu tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan tidak sedarkan diri ketika pasukan penyelamat tiba.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
“Selepas berjaya dikeluarkan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”jelas PGO menerusi kenyataan media hari ini.
Tiga lagi mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan susulan.-TVS