Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Tetap (Pembangunan) Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, Lee Chuan Teck bersama komuniti perniagaan di negara itu mengadakan kunjung hormat bertemu Abang Johari hari ini.

Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dan wakil Temasek Holdings bertemu Abang Jo

KUCHING, 15 Jun : Singapura berminat untuk terus mengukuhkan kerjasama melibatkan pelbagai sektor dengan Sarawak.

Antaranya yang menarik minat republik berkenaan termasuklah sektor tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, pengumpulan dan penyimpanan karbon,ekonomi digital dan pusat data, pelabuhan dan pertanian.

Setiausaha Tetap (Pembangunan) Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, Lee Chuan Teck berkata, usaha berkenaan sebenarnya telah bermula dan sedang diperkukuhkan untuk manfaat ekonomi kedua -dua pihak.

“Ketika ini program padanan perniagaan dan memperluaskan jaringan kerjasama sedang dilaksanakan oleh Singapura dengan pelbagai syarikat di Sarawak.

“Ia melibatkan sektor – sektor yang disebut,”katanya menerusi kenyataan media.

Terdahulu, Chuan Teck mengetuai delegasi 37 orang terdiri wakil sektor perniagaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta negara itu mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pejabat Premier Sarawak di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Antara wakil GLC Singapura yang menyertai kunjungan berkenaan termasuklah dari Temasek Holdings, Sembcorp, Ensign dan PSA International. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan