Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk S. Karunanithy.

SPRM tahan penguatkuasa minta RM5 ribu untuk keluarkan IC

KOTA KINABALU, 15 Jun : Seorang anggota penguatkuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pengeluaran kad pengenalan Malaysia.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy berkata, pihaknya menahan suspek selepas mendapat laporan tentang kes meminta dan menerima suapan bernilai kira-kira RM5000 untuk mendapatkan kad pengenalan.

Katanya suspek berusia 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

“Suspek dipercayai telah meminta dan menerima suapan daripada seorang individu sebagai upah untuk menguruskan pengeluaran kad pengenalan.

“Walaubagaimanapun suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada hujung bulan ini,”katanya menerusi kenyataan media.

Beliau turut memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan