Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dengan kerjasama Biji-biji Initiative melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar Planet Us bagi menarik minat golongan muda berkongsi idea tentang isu perubahan iklim.

Planet Us platform belia kongsi idea tangani perubahan iklim

ByAmirah Shawel

KUCHING, 15 Jun : Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dengan kerjasama Biji-biji Initiative melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar Planet Us bagi menarik minat golongan muda berkongsi idea tentang isu perubahan iklim.

Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Michael Newbill berkata, tanggungjawab untuk menangani krisis ini bukan hanya di bahu pemimpin atau individu tertentu sahaja sebaliknya turut dipikul oleh seluruh penduduk dunia.

Katanya, setiap golongan termasuk belia boleh memainkan peranan masing – masing untuk menangani ancaman ini.

“Apa yang penting ialah masyarakat perlu bijak menyesuaikan diri dengan perubahan bagi mengelak kesan buruk perubahan iklim,”katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kempen Kesedaran Alam Sekitar Planet Us di sini hari ini.

Program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri, Dr. Annuar Rapa’ee.

Yang turut hadir, wakil Pengerusi Pustaka Negeri Sarawak, Profesor Dr Shahren Tun Ahmad Zaidi Edruce dan Pengerusi Biji-biji Initiative, Juliana Adam.

Sementara itu Juliana berkata, kempen itu juga menjadi platform untuk membantu pengunjung khususnya pelajar menterjemah idea mereka mengenai kelestarian alam sekitar.

Katanya sebelum ini organisasi berkenaan sering menerima cadangan daripada pelajar untuk menangani perubahan iklim namun tiada saluran yang lebih ‘besar’ untuk berkongsi pendapat.

“Kami mahu mereka terlibat dalam aktiviti yang ditawarkan sepanjang kempen ini berlangsung.

“Dengan itu kami dapat mengajar mereka menerajui idea itu sehingga dapat menjadikannya sebagai sebuah kerjaya kelak”, katanya.

Sementara itu, bagi pelajar Swinburne University, Muhammad Iqbal, 22, golongan muda pada masa ini memiliki kesedaran yang jelas mengenai krisis perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan