Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Australia mengesahkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang tetapi masih perlu ketika berada di dalam pesawat, lapor Xinhua. -foto Envato

Australia mansuh peraturan pemakaian pelitup muka di lapangan terbang

CANBERRA, 15 Jun : Kerajaan Australia mengesahkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang tetapi masih perlu ketika berada di dalam pesawat, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan pada Selasa malam, kerajaan persekutuan mengumumkan bahawa atas nasihat Jawatankuasa Prinsipal Perlindungan Kesihatan Australia (AHPPC), arahan memakai pelitup muka di terminal lapangan terbang akan dimansuhkan mulai Sabtu.

Bagaimanapun, pengembara masih perlu memakai pelitup muka di dalam pesawat untuk mencegah penularan COVID-19.

“Kerajaan menyatakan bahawa AHPPC mengesyorkan rakyat Australia terus memakai pelitup muka sebagai langkah utama untuk membantu meminimumkan penularan COVID-19 dan influenza,” kata kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat ketika kes COVID-19 negara terus meningkat.

Pada pagi Rabu, Australia melaporkan lebih 20,000 kes baharu COVID-19 dan lebih 40 kematian. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan