Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 1,355 barangan bernilai RM24,760.40 disita di empat buah premis perniagaan di sini Kota Kinabalu, pada Isnin.

KPDNHEP rampas barang tiruan bernilai RM24,760.40

KOTA KINABALU, 15 Jun : Sebanyak 1,355 barangan tiruan jenama terkenal bernilai RM24,760.40 disita di empat buah premis perniagaan di bandar raya ini dalam operasi yang dijalankan kelmarin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abbas berkata, antara yang dirampas termasuklah aksesori dan minyak wangi mengunakan jenama seperti Louis Vuitton, Chanel dan Victoria Secret.

Katanya, serbuan itu dijalankan oleh empat pegawainya dengan kekuatan 25 orang anggota dan turut disertai empat wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama berkenaan.

“Semua empat pemilik premis perniagaan terbabit adalah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan