MOSCOW, 14 Jun : Perdana Menteri Portugal António Costa bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK) Boris Johnson di London sejurus sebelum sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Madrid, dan kedua-dua pihak sepakat mengenai keperluan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan perikatan itu, lapor Sputnik.
“Perdana Menteri mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri António Costa dari Portugal ke Downing Street hari ini menjelang sidang kemuncak pemimpin NATO dijadual berlangsung akhir bulan ini…
“Kedua-dua pihak bersetuju mengenai keperluan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan perikatan, serta lebih banyak kerjasama diperlukan dalam membangunkan peralatan pertahanan bagi memastikan integrasi yang lebih luas dalam NATO.
“Perdana Menteri menyatakan bahawa UK dan Portugal berkongsi pandangan sama terhadap NATO dan menegaskan bahawa penting agar pakatan itu kekal bergerak sederap mengenai isu Ukraine,” menurut pejabat perdana menteri UK dalam satu kenyataan.
Kedua-dua perdana menteri itu turut mengalu-alukan permohonan Finland dan Sweden untuk menyertai NATO. –TVS