Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja kontrak maut selepas dihempap jentera forklift yang dikendalikannya di Pelabuhan Karamunting, Sandakan awal pagi ini.

Pekerja kontrak maut dihempap jentera forklift

SANDAKAN, 14 Jun : Seorang pekerja kontrak maut selepas dihempap jentera forklift yang dikendalikannya di Pelabuhan Karamunting, Sandakan awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata mangsa yang dikenali sebagai Said Hassan, 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.46 pagi.

Sepasukan pegawai dan anggota BBP Sandakan bersama kenderaan utiliti kemudian bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 12 kilometer perjalanan.

Laporan awal mendapati seorang lelaki telah dihempap oleh jentera forklift ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat mesin di kawasan pelabuhan.

Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dengan menggunakan jentera forklift kilang telah dilakukan oleh pasukan bomba dan operasi tamat pada pukul 7.55 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan