Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dijumpai rentung dalam kebakaran sebuah rumah panjang 11 pintu di Rumah Polly Sulau, Bukong Asal, Jalan Lidong
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dijumpai rentung dalam kebakaran sebuah rumah panjang 11 pintu di Rumah Polly Sulau, Bukong Asal, Jalan Lidong di Betong, pagi tadi.

Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran di rumah panjang

BETONG, 13 Jun : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun rentung dalam kebakaran di Rumah Polly Sulau, Bukong Asal, Jalan Lidong di sini, pagi tadi.

Mayat Rezdesson Carlos Robson ditemui di bahagian dapur salah satu bilik di rumah berkenaan.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 9.20 pagi itu turut menyebabkan ibu mangsa, Ency Shaylla, 25, dan adiknya, Elsa Amanda Robson, 2, melecur.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, Pegawai Bomba Kanan I, Henry Jugah berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.22 pagi.

Katanya, Bomba berdepan kesukaran untuk sampai ke rumah panjang itu berikutan laluan berbukit dan sempit.

“Dalam usaha memadam api, Bomba terpaksa mendapatkan air dari kolam berdekatan menggunakan pam angkut.

“Kebakaran berjaya dikawal kira – kira satu jam kemudian,”katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Betong untuk tindakan lanjut.

Turut dikejarkan ke hospital ialah ibu dan adik mangsa yang masing-masing melecur lebih 30 peratus bahagian badan mereka.

Kejadian itu mengakibatkan 50 penghuni rumah tinggal sehelai sepinggang.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan