Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perhubungan jalan darat ke kampung Pangaraan, mukim Tatalaan sepanjang 45 kilometer yang terputus akibat bencana banjir hampir siap dibaiki.

Jalan terputus di Kampung Pangaraan hampir siap dibaiki

NABAWAN, 13 Jun : Perhubungan jalan darat ke kampung Pangaraan, mukim Tatalaan sepanjang 45 kilometer yang terputus akibat bencana banjir hampir siap dibaiki.

Timbalan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kerja pembaikan giat dijalankan sejak beberapa minggu lepas dan kini boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Kerja – kerja kecemasan telah giat dijalankan sejak beberapa minggu lepas dan kini kenderaan daripada Keningau sudah boleh menggunakan jalan tersebut.

“Bagaimanapu, pembinaan semula 5 jambatan yang hanyut ketika banjir teruk yang dahulu akan mengambil sedikit lagi masa”.

Sehubungan itu, katanya keprihatinan kerajaan dan agensi-agensi bukan badan kerajaan (NGO) dalam membantu kerja-kerja amat dihargai penduduk Kampung Pangaraan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia berkata demikian ketika melaksanakan misi penghantaran barangan makanan dan keperluan asas ke kawasan yang terjejas dengan kerjasama Kementerian Pertahanan melalui Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Onn selaku Menteri Kanan Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana telah membantu menyediakan perkhidmatan dua buah helikopter TUDM bagi membawa bekalan makanan ke Kampung Pangaraan” katanya.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found