Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak catat angka tertinggi dalam penanaman pokok, sasar 35 juta pokok menjelang 2025

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING,13 Jun : Sarawak mencatat angka tertinggi di Malaysia bagi penanaman pokok apabila menyumbang kepada suku angka tanaman pokok yang disasarkan negara tahun ini.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, angka tersebut akan terus meningkat menerusi termeterainya Momerandum Persefahaman (MOU) antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC)  yang mengfokuskan aktiviti penanaman dan perlindungan pokok serta melibatkan projek penyelidikan berkaitan biodiversiti.

“Sehingga 30 Mei 2022, sejumlah 33,1062,534 juta pokok telah ditanam di Malaysia dengan Sarawak menjadi pengeluar paling tinggi antara negeri-negeri lain dalam Malaysia.

“Angka berkenaan menyaksikan Sarawak yang teratas dengan 12,247,200 pokok dan ini akan meningkat apabila Sarawak Energy Berhad (SEB) menanam lebih banyak pokok di masa akan datang,” katanya ketika menghadiri Majlis Mendatangani MOU berkenaan yang dilangsungkan di Samajaya Nature Reserve, Kuching, hari ini.

Ujar Abang Johari, menerusi  MOU berkenaan, ia bukan sahaja membantu Sarawak untuk terus kekal menjadi penyumbang terbesar tanaman pokok dalam negara malah turut merealisasikan sasaran yang mahu dicapai negeri ini.

“Kerajaan Sarawak komited untuk menanam 35 juta pokok menjelang tahun 2025 dengan negara menyasarkan untuk menanam 100 juta pokok. Sekurang-kurangnya kita menyumbang suku daripada angka tersebut,” katanya

Sehubungan itu, beliau menyeru agar lebih banyak aktiviti penanaman pokok dijalankan kerana ia bukan sahaja mendorong negeri ini sebagai bumi hijau tetapi turut menyumbang kepada ekonomi negeri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan