Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bukit Siol bakal menjadi lokasi taman semula jadi baharu

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 13 Jun: Bukit Siol Petrajaya bakal dibangunkan sebagai taman semula jadi dalam masa yang terdekat, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, Bukit Siol berpotensi untuk menjadi produk pelancongan terbaharu bagi menarik lebih ramai pengunjung disebabkan lokasi tersebut mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

“Kita nak cadangkan Bukit Siol  sebagai ‘nature park’ terbaharu di Sarawak, ini kerana kita tahu Bukit Siol ada sejarah yang perlu diketahui oleh masyarakat,” katanya pada Majlis Mendatangani Momerandum Persefahaman (MOU) antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sempena Hari Alam Sekitar Sedunia di Samajaya Nature Kuching, hari ini.

Pada masa sama, Abang Johari memaklumkan pihaknya turut mempunyai perancangan untuk menaik taraf Bukit Lima di Sibu melalui jalinan kerjasama bersama beberapa pihak berkaitan.

“Bukit Lima di Sibu memang saya berhasrat nak naik taraf dan perancangan ini akan kita uruskan bersama dengan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC),” katanya lagi.

Ujarnya, usaha berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang dirancang kerajaan negeri di bawah pimpinannya dalam memastikan Bandar Sibu tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan ketika ini- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan