Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
: Sambutan Perayaan Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak kembali dengan tema “Segulai Sejalai”

Komuniti Orang Ulu hos sambutan Gawai Dayak Negeri 2022

ByAmirah Shawel

KUCHING, 13 Jun: Sambutan Perayaan Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak kembali dengan tema “Segulai Sejalai” yang akan dihoskan oleh Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak (FORUM) dan Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak.

Dato Gerawat Gala, Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, berkata dua acara utama sempena sambutan tersebut ialah Majlis Makan Malam dan Bazar Gawai Dayak.

Majlis Makan Malam Gawai akan diadakan pada 25 Jun ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula 6.30 malam.

Bazar Gawai Dayak 2022 pula akan berlangsung pada 17 hingga 26 Jun di Perkarangan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bermula 4 petang hingga 11 malam.

“Kami menyasarkan sebanyak 200 gerai jualan yang terdiri daripada 100 gerai yang menjual makanan tidak halal, 50 gerai makanan halal dan 50 gerai seni dan kraftangan.

“Antara acara yang akan dilaksanakan adalah seperti Malam Kesenian Suku Kaum Dayak, pertandingan Kumang dan Keling dan persembahan oleh artis-artis lokal”, katanya semasa ditemui media di sini hari ini.

Tambah Gerawat, Perarakan Ratu Cantik akan disertai oleh Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong dan Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping Liew serta pemenang-pemenang pertandingan Kumang, Dayung Sangon dan Keligit Gawai 2022.

“Perarakan ini akan berlangsung semasa majlis makan malam tersebut.

“Enam pemenang pertandingan Keling, Dari Pagon dan Belawan Gawai 2022 juga akan menyertai perarakan bagi mengiringi mereka.”, katanya.

Untuk rekod, penganjuran Sambutan Perayaan Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak dianjurkan secara bergilir-gilir di antara tiga komuniti utama iaitu Orang Ulu, Iban dan Bidayuh pada setiap tahun. -TVS

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan