Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 619 nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran telah menerima Elaun Sara Hidup Nelayan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM176,000.

619 nelayan terima Elaun Sara Hidup Nelayan dengan nilai keseluruhan RM176,000

BELURAN, 13 Jun : Seramai 619 nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran menerima Elaun Sara Hidup Nelayan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM176,000.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata ia adalah sebahagian daripada peruntukan RM22 juta yang disalurkan kepada 7,671 nelayan di Sabah yang layak menerima elaun itu bagi tahun ini.

Pemberian elaun itu merupakan program bantuan kewangan yang diberikan setiap bulan kepada pemilik vessel atau bot perikanan dan pekerja (awak-awak) yang layak.

Sehubungan itu, beliau berharap menerusi PNK Beluran dan PNK Sugut yang bakal diwujudkan akan membantu lebih ramai nelayan didaftarkan sebagai ahli agar mereka layak memperoleh bantuan kerajaan termasuk permohonan lesen perahu dan lesen perikanan.

“Kerajaan melalui MAFI dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan terus menjaga kebajikan serta memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi golongan nelayan yang merupakan antara barisan hadapan penting dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai kepada Persatuan Nelayan Kawasan Beluran di Dewan Serbaguna Beluran.

Dalam majlis itu, Ronald turut menyerahkan replika cek bantuan bernilai RM528,000 bagi bangunan baharu PNK Beluran.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labuk, Samad Jambri, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan LKIM Malaysia, Hamdan Mamat, Pengarah LKIM Sabah, Mohd Jamil Abdullah dan Pengerusi PNK Beluran, Rahman Uting Pengiran Sulaiman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan