Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua rumah yang berada di tepi sungai musnah dalam kejadian tanah susur di Kampung Tambirat Tengah, Asajaya malam tadi.
Dua rumah yang berada di tepi sungai musnah dalam kejadian tanah susur di Kampung Tambirat Tengah, Asajaya malam tadi. Foto: BBP Asajaya

Dua rumah musnah akibat gelongsoran tanah di Asajaya

ASAJAYA, 13 Jun : Dua rumah yang terletak di tepi sungai musnah akibat kejadian gelongsoran tanah di Kampung Tambirat Tengah, di sini malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.45 malam tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya diarahkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Pihak bomba telah memasang sawar-sawar di lokasi kejadian. Foto: BBP Asajaya
Pihak bomba telah memasang sawar-sawar di lokasi kejadian. Foto: BBP Asajaya

“Setibanya di lokasi, pihak Bomba mendapati kedua-dua buah rumah telah musnah dan roboh di bahagian dapur akibat kejadian itu,” jelas PGO menerusi kenyataan media.

Menurut PGO, penghuni di dua buah rumah yang berdekatan telah diarahkan berpindah sebagai langkah keselamatan manakala kawasan kejadian telah dipasang pita keselamatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan