Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung insiden kebakaran yang mengorbankan dua beranak dalam kejadian di Kampung Titingan Jalan Tawau Lama awal pagi tadi.

Dua beranak rentung kebakaran, polis buka kertas siasatan

TAWAU, 12 Jun : Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kes kebakaran yang mengorbankan dua beranak di Kampung Titingan Jalan Tawau Lama, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin berkata, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.53 pagi itu.

“Bagaimanapun hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian itu, sebanyak tiga buah rumah musnah manakala dua lagi musnah sebahagian.

Seorang warga emas dan anaknya ditemukan rentung dalam kejadian itu iaitu Saadiah Jabar, 84, dan anaknya Kamisah Mapiasah, 49, dipercayai terperangkap di bilik tingkat atas ketika kejadian.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkaitan kes berkenaan bagi mengelak kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan polis,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan