Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Douglas Uggah hadir pada Majlis Ngiling Bidai yang dianjurkan Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) semalam.

Masyarakat Dayak diseru rebut peluang pendidikan – Douglas Uggah

KUCHING, 12 Jun : Masyarakat Dayak di Sarawak diseru untuk merebut peluang mendapatkan pendidikan bagi menambah baik taraf kehidupan mereka dan seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai bantuan, kemudahan dan program bagi memastikan anak-anak Dayak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, masalah kewangan tidak harus menjadi alasan untuk tidak menyambung pengajian kerana kerana kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai bantuan.

“Kita ada Yayasan Sarawak, untuk masyarakat Dayak pula, kita ada Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) yang menyediakan bantuan lain bagi memastikan kemiskinan tidak menjadi alasan tidak dapat bersekolah,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ngiling Bidai yang dianjurkan Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) semalam.

Douglas Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan terbaik bagi membantu anak-anak Sarawak yang mempunyai potensi akademik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pada masa sekarang, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mudah untuk mendapat peluang pekerjaan.

“Justeru, kerajaan Sarawak telah menyediakan banyak program latihan dan saya harap masyarakat Dayak dapat melibatkan diri dalam program berkenaan.

“Selain itu, isu pengangguran salah satu masalah yang turut dihadapi masyarakat Dayak. Kerajaan menggalakkan golongan belia Dayak menceburi bidang kemahiran kerana ianya dapat memberi peluang kepada mereka untuk diterima bekerja,” ujarnya lagi.

Tambahnya, beliau yang merupakan menteri yang betanggungjawab ke atas jalan memberitahu banyak kontraktor tempatan yang menjalankan projek membina jalan dan jambatan menghadapi masalah kekurangan tenaga kereja.

“Banyak rakyat kita yang tinggal di rumah panjang belum mendapat pekerjaan. Jadi, kita mahu mereka ini mendapat peluang pekerjaan yang ada di depan mata,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan