Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PAS mahu supaya sokongan tidak bersyarat diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PAS mahu sokongan tidak bersyarat diberi kepada PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun : PAS mahu supaya sokongan tidak bersyarat diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memulihkan negara dan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, kepercayaan yang telah diberikan rakyat dan parti-parti lain dalam kerajaan tidak boleh dikhianati.

“Sepertimana Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) mahu menangguhkan pemilihan parti demi perpaduan dan kestabilan UMNO, begitulah juga hasrat kerajaan pada hari ini untuk meletakkan kestabilan negara sebagai keutamaan tertinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata tujuan PAS menyokong kerajaan pada hari ini adalah untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan negara dapat ditadbir dengan lebih baik berbanding kerajaan Pakatan Harapan.

Sehubungan itu Khairil Nizam berkata rakyat tidak boleh diheret dalam konflik perebutan kuasa dalam parti.

“Masalah utama yang dihadapi oleh negara pada hari ini bukanlah isu parti mana atau siapa yang perlu dominan dalam kerajaan tetapi masalah utama kini ialah krisis ekonomi. Peningkatan inflasi semakin menghimpit rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan