Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau di negeri ini berkuat kuasa esok.

N.Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok

SEREMBAN, 12 Jun : Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau di negeri ini berkuat kuasa esok.

 Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata jemaah tidak lagi diwajibkan membawa sejadah bersaiz standard selain aktiviti pengajian ilmu seperti kelas takmir, kuliah, tazkirah dan ceramah dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.

“Bagaimanapun, jemaah masih wajib memakai pelitup muka dengan sempurna sepanjang berada dalam ruang masjid dan surau yang tertutup,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

Dalam pada itu, beliau berkata ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini juga dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negeri.

Aminuddin berkata pemohon atau penganjur perlu membuat permohonan melalui sistem e-qurb@NS di http://equrbans.jheains.my bermula 2 petang esok hingga 4 petang, 3 Julai depan.

Menurutnya jemaah juga dibenarkan merapatkan saf ketika solat sunat Aidiladha namun pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found