Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejateraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Kerajaan Sarawak bakal tubuh pusat psikologi untuk kesejahteraan komuniti

ByOdleen Catherny

KUCHING, 11 Jun : Kerajaan Sarawak dalam usaha untuk mewujudkan sebuah pusat psikologi setelah meneliti keperluannya di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejateraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti golongan profesional untuk membantu merealisasikan hasrat berkenaan.

Katanya selepas semua perkara berkaitan membabitkan tempat, struktur dan sebagainya, pihaknya akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.

“Sekarang kita telah memuktamadkan bilangan golongan profesional dan lokasi supaya boleh memperbaiki kekurangan yang wujud sebelum pusat berkenaan bersedia memberi khidmat kepada golongan memerlukan,”katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, tujuan penubuhan pusat berkenaan adalah kerana kerajaan negeri prihatin terhadap keperluan masyarakat mendapatkan perkhidmatan sewajarnya untuk kesejahteraan hidup mereka.

Katanya, sekumpulan pakar terdiri daripada kaunselor dan pakar psikiatari dijangka akan ‘dikumpulkan’ untuk menyokong inisiatif berkenaan.

“Kerajaan negeri memahami bersetuju bahawa perkhidmatan kaunseling dalam komuniti sangat perlu untuk menangani isu kesihatan mental termasuklah yang teruk, kita mahu mengelak berlakunya kes bunuh diri dalam komuniti,”katanya.

Dalam pada itu, buat julung kalinya, Fatimah memberitahu, Hari Keluarga Sarawak 2022 yang diadakan pada tahun ini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menerapkan elemen keterangkuman, kebersamaan, kesyukuran dan kepelbagaian.

“Seperti yang kita sedia maklum, semenjak penularan wabak COVID-19 , banyak aktiviti sosial dan kekeluargaan tidak dapat dilaksanakan seperti biasa.

“Justeru itu, JKM Sarawak mengambil iniasiatif untuk mengadakan sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kemesraan dan silaturrahim,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan