Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Ahli PBB matang, utama parti berbanding diri sendiri – Fatimah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 11 Jun : Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahukan setiap ahlinya mengutamakan keperluan parti terlebih dahulu berbanding perkara lain bagi memastikan perpaduan dalam parti berkekalan.

Ketua Pergerakannya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, amalan itu penting kerana PBB merupakan tulang belakang kepada parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) .

Katanya, mereka memahami tanggungjawab yang dipikul setiap ahli parti PBB.

“Sebagai tulang belakang, kita perlu kuat kerana ia membantu rakan-rakan kita di parti komponen lain dan seterusnya memastikan kejayaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Fatimah berkata demikian sebagai mengulas persetujuan yang dicapai apabila tiada pertandingan melibatkan jawatan tertinggi PBB menjelang Perhimpunan Agung Tritahunan parti itu yang bermula 17 Jun ini.

Berdasarkan pengumuman Jawatankuasa Pemilihan PBB hari ini, semua penyandang jawatan tertinggi mengekalkan kedudukan masing – masing malahan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku Presiden parti itu menerima sokongan padu dengan kesemua 82 cawangan mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.

Sementara itu, Fatimah berkata, beliau berharap agar ahli-ahli PBB terus fokus bergerak satu hala tuju bagi mencapai matlamat PCDS 2030.

“Sekiranya kita meneruskan komitmen berkenaan, matlamat menjadikan Sarawak wilayah termaju suatu hari nanti akan tercapai,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan