Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir pada sidang media di ibu pejabat PBB di sini hari ini. Foto Faitullah Morni.

Abang Johari kekal Presiden PBB

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 11 Jun : Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengekalkan jawatannya menjelang Perhimpunan Agung Tritahunan parti itu yang akan bermula pada 17 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PBB, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, ini kerana Abang Johari telah menerima pencalonan daripada kesemua 82 cawangan PBB untuk mengekalkan jawatan berkenaan.

Katanya, selain jawatan Presiden, jawatan tertinggi lain dalam parti juga tidak dicabar.

“Kesemua cawangan turut mencalonkan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai Timbalan Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Douglas Uggah di ibu pejabat PBB di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah turut meminta agar jawatan tertinggi parti itu termasuk Presiden tidak dipertandingkan pada perhimpunan berkenaan.

Ini kerana menurut beliau, Wanita PBB mahu Abang Johari terus memimpin PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memastikan kestabilan negeri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan