Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duduk dan Tonton 4 sempena Festival Filem Mini, UNIMAS bermula hari ini.

Duduk dan Tonton 4 sempena MFF UNIMAS di HAUS

ByNurul Amarlina

KUCHING, 11 Jun : Sempena Festival Filem Mini (MFF) ke-18 anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), penganjur menawarkan empat filem pendek menarik untuk menemani hujung minggu anda.

Bermula pukul 4 petang ini, seleksi filem seperti PEON, Burung – Burung, Tadau Om Vuhan Kopisoomo (Were The Sun and The Moon To Meet ) dan Bagan bersedia untuk ‘membuka pintu pawagam’ kepada orang ramai.

Dinamakan Duduk dan Tonton 4, acara ini akan berlangsung sehingga pukul 6 petang di HAUS.

Pensyarah filem di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, Yow Chong Lee berkata, kesemua filem yang akan ditayangkan itu menawarkan ‘lebih’ daripada sekadar kisah cinta dan persahabatan.

Katanya, ini kerana terdapat isu – isu yang dekat dengan masyarakat turut diangkat dan seterusnya akan membuatkan penonton berfikir dan bertindak.

“Bersempena dengan tema MFF ke-18 iaitu Revival, empat filem pendek berkenaan akan membantu penonton melepaskan emosi, kembali ke hari yang sederhana dan menikmati serta mencintai semula dalam kehidupan seharian mereka,”katanya.

Filem POEN diarahkan oleh Shaiful Yahya, Syaz Zainal dan June Wong manakala Anwar Johari Ho berkongsi sentuhan kreatifnya menerusi Burung- Burung.

Firdaus Balam pula mempertaruhkan Bagan manakala Nadira Ilana dengan filem Were the Sun and the Moon to Meet.

Orang ramai yang ingin menyertai acara ini boleh mendaftar di https://bit.ly/18thMFF

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila hubungi Elsanecca di talian 011-64807544. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan