KUCHING, 10 Jun : Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini melawat Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di Singapura.
Dalam lawatan selama dua jam itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak diberikan taklimat oleh pegawai agensi berkenaan berhubung perkembangan terkini STATOS di negara itu.
Kerajaan Sarawak sebelum ini menubuhkan STATOS sebagai pusat sehenti bagi pelaburan dan perniagaan selain untuk mempromosikan Sarawak di Singapura.
Turut hadir, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan (MINTRED) Datuk Naroden Majais, Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED, Dzolkarnain Masron dan Pegawai Tugas Khas MINTRED, Datu Liaw Soon Eng. -TVS