Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita PBB berharap agar jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan sempena perhimpunan tritahunan akan datang. Foto Facebook Fatimah Abdullah.

Wanita PBB mahu Abang Johari terus pimpin parti dan GPS

KUCHING, 10 Jun : Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu jawatan tertinggi parti itu termasuk Presiden tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Tritahunan yang akan bermula 17 Jun ini.

Ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini kerana Wanita PBB mahu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus memimpin PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“PBB merupakan tunjang kepada GPS, kita mahu beliau kekal sebagai Pengerusi malahan berharap agar jawatan tertinggi lain juga tidak akan dipertandingkan,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata,  beliau berharap jawatan Ketua Wanita, jawatan tertinggi lain termasuk Ketua Pemuda juga tidak akan dipertandingkan pada perhimpunan yang akan berakhir pada 19 Jun itu.

Ditanya faktor beliau ‘tidak mahu’ melihat wujudnya pertandingan , Fatimah berkata ini kerana mereka mahu melihat PBB terus kuat.

“Kita mahu beliau terus memimpin parti PBB sebab ini yang diperlukan untuk mencapai objektif negeri maju 2030 menerusi pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Kita mahu kerajaan yang stabil untuk memimpin,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan