Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
YX Tufting di Jalan Tabuan menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung yang ingin belajar kaedah moden tenunan.

Rasai pengalaman tenunan ‘tufting’ di Kuching

KUCHING, 11 Jun : Sekiranya anda seorang pencinta tenunan tekstil, sebuah bengkel di bandar raya ini menawarkan pengalaman baharu untuk mendalami kerja seni berkenaan.

Lebih menarik, kaedah tenunan yang bakal diajar sedikit berbeza apabila YX Tufting menggunakan teknologi moden dipanggil ‘tufting’.

Terletak di Jalan Tabuan, salah seorang pengasasnya, Gladys Tan Tze Yin berkata, sejak dibuka premis berkenaan menerima sambutan hangat daripada orang ramai.

“Kami menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggan yang ingin menunjukkan kreativiti seni masing – masing menerusi tektik tufting ini,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Gladys berkata, selain pengunjung tempatan, premisnya juga menerima kehadiran pelancong luar terutamanya dari Semenanjung Malaysia.

“Sejak aktiviti pelancongan rentas negeri dibenarkan, pelancong luar yang berkunjung ke Kuching turut mengambil peluang untuk singgah di sini,” katanya

Berdasarkan pemerhatian TVS, aktiviti tufting juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila YX Tufting menyediakan aktiviti dipanggil Do It Yourself (DIY) yang memberi peluang kepada ibu bapa dan anak – anak mereka melakukan ‘kerja seni’.

Selain tufting, terdapat satu lagi aktiviti menarik disediakan iaitu ‘Fluid Bearbrick’ iaitu aktiviti menuang campuran cat pelbagai warna ke patung beruang.

Mengenai kadar bayaran yang dikenakan, Gladys memberitahu, untuk aktiviti tufting, caj bermula RM170 hingga RM780 mengikut saiz bingkai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan