Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Stadium Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Badminton Indonesia Masters : Zii Jia tepati ramalan ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 9  Jun : Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Stadium Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Pemain di ranking kelima dunia itu mengambil masa 37 minit untuk menewaskan Mark Caljouw dari Belanda 21-17, 21-14.

Juara All-England 2021 itu akan berdepan perseorangan utama tuan rumah Anthony Sinisuka Ginting yang menumpaskan pemain Thailand Sitthikom Thammasin 21-13, 21-14.

Sementara itu, beregu nombor satu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah bangkit dari ketinggalan pada set pertama untuk menundukkan Baek Ha Na-Lee Yu Lim dari Korea Selatan 21-23, 21-17, 21-15.

Mereka akan menentang gandingan Thailand Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai yang mengecewakan beregu Indonesia Anisanaya Kamila-Az Zahra Ditya Ramadhani, 21-6, 21-15.

Sementara itu dalam saingan beregu campuran, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon dan pasangan beregunya Cheah Yee See menarik diri daripada perlawanan, sekali gus memberi kemenangan kepada beregu Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yujung.

Bagi acara beregu lelaki pula, pilihan keempat Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan pasangan beregu tuan rumah Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin menerusi straight set 27-25, 21-14.

Kemenangan tersebut membolehkan beregu negara itu mara ke suku akhir bertemu pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan