Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Shahrul Heiqal yang diserang buaya pada Selasa lepas turun semula ke sungai hari ini untuk menunjukkan lokasi kejadian kepada SFC. Foto Faitullah Morni.

Shahrul Heiqal tidak gentar, tetap kembali ke sungai selepas diserang buaya

LUNDU, 9 Jun : Bukan sekali sebaliknya seorang remaja, Sharul Heiqal Ambran pernah berdepan pengalaman mencemaskan apabila ‘diganggu’ buaya sebelum ini.

Namun pelajar berusia 14 tahun itu langsung tidak berasa trauma sebaliknya tetap turun ke sungai untuk membantu bapanya, Ambran Taib yang bekerja sebagai nelayan.

Terbaharu dalam kejadian pada pukul 7.30 malam Selasa lepas, Shahrul Heiqal bersama bapanya, Amran Taib sekali lagi berdepan situasi hidup mati apabila diserang reptilia berkenaan.

Bahagian lutut Shahrul Heiqal mengalami kecederaan selepas diserang buaya pada Selasa lepas.

Menceritakan kejadian itu, Ambran berkata, ketika itu dia dan anaknya sedang berperahu untuk pulang ke rumah selepas memasang bubu ketam di Sungai Selenggok Besar, Lundu.

“Seekor buaya yang agak besar tiba – tiba muncul dan terus menerkam bahagian lutut anak saya.

“Dia terpelanting ke bahagian tengah perahu dan bernasib baik kerana tidak jatuh ke dalam sungai,”katanya ketika ditemui TVS di sini hari ini.

Menurutnya buaya yang dianggarkan sepanjang tiga meter itu juga bertindak ‘ganas’ apabila merempuh perahunya beberapa kali sehingga bergegar sebelum menghilangkan diri.

Ekoran kejadian itu, Ambran membuat laporan polis manakala anaknya mengalami kecederaan pada bahagian lutut akibat gigitan buaya itu.

BACA >>> Kanak-kanak lelaki dibaham buaya ketika mengambil air di sungai

Kejadian serangan buaya itu turut mendapat perhatian Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) yang melawat Shahrul Heiqal hari ini untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Sementara itu, hari ini Shahrul Heiqal sekali lagi membuktikan keberaniannya apabila turun ke sungai bersama pasukan SFC untuk menunjukkan lokasi dia diserang buaya.

Difahamkan, operasi akan dilancarkan dalam tempoh terdekat untuk menangkap buaya berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan