Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eksport getah dan produk getah dijangka meningkat kepada RM140 bilion tahun ini berbanding RM71 bilion yang dicatatkan semasa 2021 dan RM49.2 bilion pada 2020, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.
Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Zuraida bakal Presiden PBM – Larry Sng

KUALA LUMPUR, 9 Jun : Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin diterima sebagai anggota Parti Bangsa Malaysia (PBM), dan terus diangkat sebagai bakal presiden parti.

Presiden PBM Larry Sng berkata Biro Politik dan Majls Tertinggi parti memutuskan untuk meluluskan permohonan kemasukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu ke dalam PBM, yang diterima pada 26 Mei lepas.

Beliau berkata Zuraida juga dinobatkan sebagai bakal presiden parti sebagaimana yang diinginkan oleh akar umbi, dan akan menerajui parti dalam menentukan hala tuju politiknya.

“Semasa ketiadaan saya, beliau akan menerajui parti. Saya juga telah memberikan mandat kepadanya untuk mengetuai delegasi serta pemimpin parti, dari segi kemasukan parti untuk menyertai mana-mana pakatan politik,” katanya dalam persidangan media di sini.

Katanya dalam menghormati hak prerogatif Perdana Menteri untuk menentukan kedudukan Zuraida sebagai menteri, parti itu berharap Zuraida akan dikekalkan dengan jawatan itu, berdasarkan kepada sokongan yang diberikan PBM kepada kerajaan.

“PBM adalah sebahagian daripada Keluarga Malaysia dan kami menyokong perdana menteri. Soal berhubung kedudukan menteri, kita serahkan kepada prerogatifnya.. PBM harap perdana menteri akan mengekalklan kedudukan Zuraida sebagai menteri berdasarkan kepada prestasinya dan sokongan yang diberikan PBM kepada kerajan,” katanya.

Pada 26 Mei lepas Zuraida mengumumkan keputusannya menyertai PBM, dan katanya beliau akan berjumpa dengan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk berbincang mengenai kedudukannya dalam kabinet.

Sementara itu Zuraida berkata beliau masih belum menemui perdana menteri untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Saya belum dapat tarikhnya kerana Perdana Menteri sedang sibuk. Dia sekarang berada di Kedah untuk berjumpa dengan Sultan Kedah dan saya masih lagi menunggu,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan