Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suhaimi Sulaiman (kanan) bersama Mohamed Khaidir Abang (kiri) pada majlis menandatangani kerjasama bidang pengiklanan elektronik di sini hari ini.

DBKU dan SMG bekerjasama pacu pengiklanan elektronik di Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 9 Jun : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Sarawak Media Group (SMG) mengorak langkah dengan memeterai kerjasama untuk merancakkan lagi ekonomi digital Sarawak khususnya di bahagian utara bandar raya ini.

Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang berkata, beliau yakin bahawa kerjasama dengan SMG untuk mampu menyediakan platform yang bersesuaian bagi tujuan pengiklanan khususnya melalui sistem papan iklan digital.

Ujarnya, ini membolehkan DBKU untuk meningkatkan lagi kebolehcapaian transisi pengiklanan kepada kaedah moden berbanding tradisional.

“Sistem papan digital ini mampu menawarkan lebih banyak kelebihan dan fleksibiliti berbanding sistem yang konvensional dari segi aspek pengiklanan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum kerjasama dengan SMG di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, SMG diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Sulaiman.

Yang turut hadir, Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Rizal Zulkapli.

Sementara itu Suhaimi berkata, SMG berbangga kerana menjadi rakan kongsi DBKU untuk menguruskan sistem papan iklan digital di kawasan Kuching utara.

“Ini sejajar dengan hala tuju baharu SMG untuk meneroka pengiklanan digital di samping mengendalikan saluran televisyen TVS,” katanya.

SMG kini mengendalikan papan iklan digital dua mukadi Petra Jaya, Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan