Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di dalam bagasi berhampiran tepi laut di Tanjung Batu Logpond, semalam.

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam bagasi merah jambu

TAWAU, 9 Jun : Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di dalam sebuah bagasi berhampiran tepi laut di Tanjung Batu Logpond, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin berkata, mayat bayi itu ditemukan seorang lelaki pada pukul 4.43 petang semalam.

Katanya, lelaki itu bersama tunangnya pada mulanya melihat sebuah beg berwarna merah jambu terapung berhampiran jeti.

“Selepas membuka bagasi berkenaan, mereka terkejut apabila mendapati seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia,”katanya dalam kenyataan.

Jasmin berkata, hasil pemeriksaan doktor, mayat bayi itu seberat 1004 gram dan sepanjang 36 sentimeter (cm).

“Turut dijumpai seketul batu seberat 1249 gram yang dibalutkan bersama sehelai batik yang dipercayai bertujuan supaya beg tersebut tenggelam ke dalam laut,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan