Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara, Kementerian Perdagangan dan Industri dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat Dan Pemuda Singapura, Low Yen Ling
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara, Kementerian Perdagangan dan Industri dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat Dan Pemuda Singapura, Low Yen Ling, di sini, semalam.

Sarawak dan Singapura kukuhkan hubungan perdagangan

ByHafeezzur Muzamir

SINGAPURA, 8 Jun : Sarawak komited untuk terus mengukuhkan hubungan perdagangan dengan Singapura bagi memacu pertumbuhan ekonominya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sektor perdagangan membabitkan kedua -dua pihak mempunyai potensi besar untuk terus berkembang berdasarkan kelebihan yang dimiliki.

Pada masa sama katanya, Sarawak juga berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi daripada negara berkenaan.

“Singapura merupakan rakyat dagang yang penting kepada Sarawak dan banyak sektor yang boleh diterokai,”katanya menerusi kenyataan media semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak ketika ini berada di Kota Singa menghadiri lawatan rasminya.

Sempena lawatan berkenaan, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara, Perdagangan, Industri dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Pemuda Singapura, Low Yen Ling.

Berhubung potensi perdagangan dan pelaburan membabitkan kedua – dua pihak,Awang Tengah berkata, banyak sektor boleh diteroka memandangkan jarak antara Sarawak dan Singapura yang dekat.

Pertemuan turut dihadiri beberapa perwakilan dari Sarawak antaranya Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (Mintred), Datuk Mohd Naroden Majais, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian, Dzulkornain Masron dan Pegawai Khas, Datu Liaw Soon Eng. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan