Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang warga emas yang merupakan penyelia di sebuah kem balak merupakan individu terbaharu ditahan polis bagi membantu siasatan kes cabul dan rogol seorang gadis orang kurang upaya (OKU) petang semalam.

Penyelia kem balak ditahan bantu siasatan kes rogol gadis OKU

JULAU, 8 Jun : Seorang penyelia di sebuah kem balak menjadi suspek ketiga ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin berkata, lelaki berusia 69 tahun itu dipercayai mencabul mangsa yang berusia 14 tahun namun tiada pengakuan rogol direkodkan.

Baca > > > Gadis OKU dakwa dirogol bapa tiri dan warga asing

“Lelaki itu ditahan selepas soal siasat polis terhadap suspek warga asing mendedahkan bahawa dia pernah mencabul mangsa dengan meraba bahagian dada gadis itu ketika kejadian,”katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Sebelum ini, ibu mangsa membuat laporan polis pada 5 Jun mendakwa dua lelaki termasuk suaminya yang berusia 50-an dipercayai telah merogol anak perempuannya pada pukul 6.45 petang sehari sebelumnya.

Kedua-dua suspek ditangkap pada hari yang sama sejurus selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol oleh lelaki warga asing itu pada hujung Mei lalu dan perbuatan itu diulangi pada Sabtu lepas.

Mangsa juga mendedahkan bahawa bapa tirinya pernah melakukan hubungan seks dengannya sebelum ini namun terlupa tarikh kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 376B Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan