Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak kini memfokuskan penyelidikan penghasilan algae yang disasarkan siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Kerajaan Sarawak kini memfokuskan penyelidikan penghasilan algae yang disasarkan siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Foto: Odleen Catherny

Sarawak sasar kajian penghasilan algae siap dalam tempoh tiga tahun

ByOdleen Catherny

KUCHING, 7 Jun : Kerajaan Sarawak kini memfokuskan penyelidikan penghasilan algae yang disasarkan siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengeluaran secara besar-besaran akan dilaksanakan setelah kajian selesai.

“Kita buat kajian menerusi makmal dahulu, sekarang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy bersama dengan Petronas dan agensi berkaitan mengkaji penghasilan tenaga bio daripada algae.

“Jadi, setelah selesai di peringkat makmal dan sudah terbukti, maka kita boleh melihat bagaimana kita boleh memproses algae ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Simposium Antarabangsa berkaitan Transformasi Industri Digital anjuran Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), di sini, hari ini.

Katanya lagi, dengan kelebihan yang ada di Sarawak, algae boleh menghasilkan tenaga bio yang dapat dimanfaatkan syarikat penerbangan pada masa hadapan.

Sementara itu, Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) menganjurkan Simposium Antarabangsa berhubung Transformasi Industri Digital sebagai antara aktiviti Karnival Digital yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Jun 2022.
 
Karnival yang berlangsung di CENTEXS Santubong ini mengetengahkan pelbagai program menarik melalui platform hibrid maya dan fizikal bersempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022.
 
Antara program yang diadakan adalah Simposium Karnival Digital, Community Technical Outreach Program (TOP), Bengkel Teknologi Asas Pembangunan Aplikasi Android, Bengkel Teknologi Imersif Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR), Penyambungan Kabel Fiber Optik (Splicing).
 
Program berkenaan dianjurkan bagi menyokong usaha Kerajaan Sarawak dalam memartabatkan penggunaan teknologi digital. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan