Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratu Elizabeth II, raja paling lama berada di atas takhta di United Kingdom (UK), pada Ahad berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat selepas sambutan 70 tahun pemerintahannya.

Ratu Elizabeth II ikrar untuk terus berkhidmat

ByBernama

LONDON, 6 Jun : Ratu Elizabeth II, raja paling lama berada di atas takhta di United Kingdom (UK), pada Ahad berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat selepas sambutan 70 tahun pemerintahannya.

“Apabila bicara mengenai bagaimana untuk menandakan 70 tahun sebagai ratu anda, tidak ada buku panduan untuk diikuti. Tetapi saya amat terharu apabila begitu ramai orang memenuhi jalan-jalan raya bagi meraikan sambutan Jubli Platinum saya,” titah baginda, lapor Xinhua.

Puluhan ribu orang memenuhi jalan-jalan di bandar raya London untuk bersama-sama meraikan sambutan itu yang turut diserikan dengan perarakan tentera, konsert dan pertunjukan kebudayaan.

Baginda muncul seketika di balkoni Istana Buckingham, pada Ahad sempena penutup acara seni jalanan, muzik dan karnival. 

Ratu Elizabeth II tidak menghadiri upacara kesyukuran di Katedral St. Paul pada Jumaat dan konsert serta pertunjukan cahaya di luar Istana Buckingham pada Sabtu.

“Meskipun saya tidak dapat hadir secara peribadi pada setiap acara, hati saya sentiasa bersama anda semua; dan saya tetap komited untuk berkhidmat kepada anda sebaik mungkin, dengan sokongan keluarga saya,” kata Ratu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan