ATHENS, (GREECE) 5 Jun : Sekurang-kurangnya dua buah rumah musnah akibat kebakaran hutan di pinggir bandar Athens pada Sabtu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kebakaran hutan itu berpunca akibat tiupan angin kencang yang berlaku selama beberapa jam.
Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa memindahkan penduduk yang tinggal di wilayah sekitar pantai selatan Voula yang terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Athens.
Antara yang dipindahkan termasuk penghuni di pusat jagaan warga emas dan rumah kanak-kanak di kawasan berhampiran.
Sementara itu, seorang anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan.
Usaha mengawal kebakaran turut berdepan kesukaran apabila tiupan angin kencang masih ‘membadai’ kawasan berkenaan.
Setakat ini lebih 130 anggota bomba dikerah untuk memadam kebakaran dengan dibantu oleh enam pesawat pemadam kebakaran serta empat helikopter.
Pada tahun 2018, berlaku sejarah hitam di negara berkenaan apabila kebakaran memusnahkan bandar serta mengakibatkan 102 orang maut. -TVS