Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemandu maut manakala lapan lagi cedera selepas kereta api berkelajuan tinggi tergelincir dari landasan pada pukul 10.30 pagi Sabtu di daerah Rongjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China. Foto: Twitter @47_74i_i

Seorang maut, 8 cedera selepas kereta api laju tergelincir di China

ByBernama

BEIJING, 4 Jun : Seorang pemandu maut manakala lapan lagi cedera selepas kereta api berkelajuan tinggi tergelincir dari landasan pada pukul 10.30 pagi Sabtu di daerah Rongjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China, menurut China State Railway Group Co, Ltd.

Dua daripada gerabak kereta api laju D2809 dalam perjalanan dari Guiyang ke Guangzhou tergelincir dari landasan yang ditimpa batuan runtuh dan lumpur ketika keretapi itu menghampiri stesen Rongjiang, menurut syarikat itu.

Mangsa yang cedera termasuk seorang atendan kereta api dan tujuh penumpang, lapor Xinhua.

Baca > > > Jerman : Tiga maut kereta api tergelincir

Mangsa telah menerima rawatan di hospital berdekatan, manakala 136 penumpang lain telah dipindahkan.

Siasatan berhubung kemalangan sedang dijalankan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found